RM590 000 LAGI MASIH DIPERLUKAN UNTUK PEMBELIAN AMBULANS UNTUK BANTU GOLONGAN ASNAF YANG MEMERLUKAN
Bantu kami dengan Infaq serendah RM30 sahaja
Setiap hari, pasti akan ada golongan asnaf dan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan kecemasan Ambulans di Terengganu. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu berusaha sehabis baik membantu mereka yang memerlukan.
Buat pengetahuan semua, setiap hari permintaan untuk perkhidmatan ambulans semakin meningkat.
Keperluan ambulans yang sedia ada hanya dapat membantu kawasan tertentu sahaja. Oleh itu, pihak Yayasan Amal Cawangan Terengganu berhasrat untuk menambah bilangan ambulans bagi meluaskan sasaran bantuan kepada masyarakat.
Dana ini akan digunakan bagi :
- Membeli 2 Unit Ambulans
- Bayaran gaji untuk 4 orang staff (Pemandu)
Selain itu, antara hasrat murni daripada pihak kami adalah ingin membantu golongan asnaf yang ingin menggunakan perkhidmatan ambulans .
Keseluruhan kos juga akan ditanggung oleh dana yang disumbangkan ke dalam tabung ini.
Kos keseluruhan yang diperlukan adalah sebanyak RM 600,000 dan sasaran bulanan sebanyak RM50,000 .
InsyaAllah, dengan sumbangan tuan/puan semua akan digunakan sebaiknya bagi meluaskan perkhidmatan ambulan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu ke seluruh semenanjung Malaysia
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis riwayat Muslim)
SIJIL PENDAFTARAN YAYASAN AMAL MALAYSIA TERENGGANU
No Pendaftaran Pertubuhan : 514